Saturday, 9 January 2016

MassComm Interview

assalamualaikum ~ haiii ~ ohh Selamat Tahun Baru . Happy New Year :)

haritu (19/12/15) aku ada dapat panggilan temu duga untuk masscomm . aku tak tau lah nak excited ke macam mana kan sebab nye aku dapat tau lagi 4 hari nk kena temuduga nye . kau ghase ? pulak tu adik aku bukan nye nk bagitau aku yang uitm bagi message . dah lah phone tu dia yang pegang . panas tak panas lah kan aku . ni pun aku dah kata kalau dapat apa-apa message bagitau aku . e'ehh dia tak bagitau juga . nak cepuk-cepuk je aku rasa -_-

okay . cukup lah pasal adik aku . sini aku nak cerita macam mana interview aku *bersila atas kerusi* 
dalam masa aku tengah nk pilih mood untuk excited ke tak , aku buat research lah sikit apa itu masscomm , apa yang interviewer selalu tanya , etc. . banyak lah juga info yang aku dapat . memang banyak sampai aku tak lena asyik fikir pasal interview ni .

bila dah sampai hari interview tu , dia punye berdebar tu tak tau nak cakap macam mana . kalau yang kenal aku tu dorang tau lah yang aku ni akan start parkinson . nervous okay . tak teruk mana lah . tapi tak tau lah kalau ada yang perasan . hahaha ! pukul 8:30 pagi semua masuk dalam bilik kuliah . time tu tak ramai lagi . interviewer yang datang dari UiTM Shah Alam ada 2 orang . dorang bagitau yang interview ni ada 2 sesi . sesi pertama buat esei , sesi kedua pula one-to-one dengan interviewer dekat bilik kuliah lain .

so , sesi pertama , esei . kalau korang jenis memang dah buat research awal-awal sampai nak makan pun masih dok scroll baca blog-blog lain pasal interview dorang , mesti korang tau kan yang masscomm biasa bagi 3 soalan (apa itu masscomm ,kenapa apply masscomm ,apa sumbangan yang kita akan bagi kalau kita diterima masuk masscomm) kan ? kan ? kau rasa kitorang yang datang haritu dapat ke 3 soalan tu ? TAK DAPAT DERR . AKU ULANG TAK DAPAT OKAY . TAK DAPAT . nak tau ape soalan yang kitorang dapat ? soalan dia : Explain the role of mass media in nation development . tu . tu soalan dia . tu haa . masa dapat soalan tu , aku tenung je kertas tu . yelah otak dah hafal yang 3 soalan tu . nak pula masa dah dapat and dah start jawab dah ramai pula yang baru datang . tak tau lah tak jumpa jalan ke macam mana sebab nye uitm seri alam ni dekat hujung dunia . kiri kanan hutan pula tu . 

masa nak jawab tu , aku siap masuk kan juga apa yang aku hafal . hahaha . siap buka jam lagi nak jawab tu . masa buka jam tu aku siap pandang muka interviewer tu . hahaha ! saya tak selesa sir nak tulis . hehehe ! haaa . time ni boleh tengok dictionary . cari lah perkataan apa yang korang nak . aku tak tengok pun , elok je dictionary tu aku buat alas tangan . hahaha ! ada lah juga isi yang aku boleh fikir dalam masa 30 minit untuk tulis esei 250 patah perkataan tu . dalam 3 ke 4 isi juga lah aku sumbat . siap ada pengenalan dengan kesimpulan kau tau . aku pun tak tau apahal aku buat pengenalan dengan kesimpulan .

dah habis jawab esei , interviewer tu suruh tunggu je . nanti dia panggil nama untuk sesi kedua pula . time tu dah pukul 9:30 pagi macam tu lah . lama juga lah nak tunggu turn aku . dalam masa nak tunggu tu baru aku perasan ramai juga yang datang . hahahaha !

then , turn aku pun dah sampai . aku pun masuk , bagi salam , bagi fail aku then duduk . firstly , interviewer tu memang akan suruh kita introduce pasal diri kita . then , dia akan tanya kenapa apply masscomm . time ni boleh lah jawab . pastu , dia tanya aku prefer bidang apa dalam masscomm . aku kata lah bidang advertising . dia tanya , sure ke aku nak masuk masscomm . time ni dah mula lah parkinson nak datang kan . aku pun jawab lah sure . dia tanya lagi betul ke ? kalau betul apa yang awak akan sumbangkan . time ni aku dah boooommm ! sebab dia main psychology . lama juga lah aku diam . dalam aku diam aku tengok dia tanda esei aku semua  . pastu dia tanya , writing aku memang bagus eh ? aku mula-mula tak berapa nak faham lah . so aku pun cakap : sometimes . pastu dia tanya soalan yang takde kena-mengena dengan masscomm . macam aku time dia tengah tanda tu , dia tanya aku ada berapa adik-beradik , aku yang ke berapa , mak ayah kerja apa, kat mana , sebagai apa . then , habis interview aku dengan dia . sebelum keluar tu , dia bagitau apa aku pun dah lupa . then aku amek fail say thamk you and dia suruh panggil orang lain pula dan pulangggggg ! tidur terbongkang ~

haaa ! time ni aku ada sorang kawan baru . umur pun sama . dia pun lepasan STPM . rasa macam aku dengan dia je yang masih dalam 20 tahun and lepasan STPM . kanak-kanak sangat kan . hahaha ! tengok muka semua orang matang-matang je . sampai kat kita berdua kanak-kanak sangat xD nama dia izzati dari batu pahat . dia kata dia baru je lepas interview dkt UPSI hari Rabu . pastu terus ke interview masscomm ni . yang kelakar nye , ada 2 org lelaki duduk belakang kitorang tanye row kitorang semua umur 20 ke ? aku cakap tak tau lah rasa macam kita 2 org je yang 20 tahun . teruja pun ada gak kalau kita 2 org je yg 20 tahun xD

dah lah . cukup lah tu . tak sedar aku dah panjang lebar aku taip . so , mehh sini nak bagi tips sikit . tak kira untuk interview apa pun , korang mesti dah prepare mental korang supaya korang tak jadi macam aku . habis kena psycho dengan interviewer . ambil tahu pasal isu semasa , mana tau interviewer tu terasa nak tanya ke kan . tapi yang paling penting . for muslim terutamanya , buat solat hajat banyak-banyak . doa supaya Allah permudahkan urusan korang untuk interview korang . solat 5 waktu jangan pernah tinggal . tak kira korang dah ngantuk sebab ngadap laptop untuk buat research pasal interview korang , solat tetap solat . okay ? 

--sampai sini je lah makk cerita pasal pengalaman makk pergi interview for the first time . sehingga berjumpa lagi--