Saturday, 10 December 2016

Rindu Zaman Budak-budak

asslamualaikum. hey !lama dah tak berblog ni .hehehe .tengah duduk lepak-lepak santai-santai (buat-buat lupa assignment berlambak) ni ,tetiba pula teringat zaman budak-budak dulu .tak payah risau pasal banyak benda .

dulu ,selalu ikut ibu abah pergi hospital .kejap ikut ibu ,kejap lari ikut abah .dulu hosiptal tu dah macam rumah kami .semua kenal .dari doktor sampai ke cleaner .memang bebas lah aku dengan abang aku lari satu hospital tu .

tapi aku dengan abang banyak habiskan masa duduk dekat bahagian abah kerja ,bahagian keemasan .tapi takde lah kitorang berlari kat E&E tu .mampus karang berlanggar dengan pesakit yang datang .elak kena tengking je dengan diorang tu .kitorang duduk dekat dalam bilik rehat pekerja .ade TV lagi tau .sofa je lah takde .kitorang duduk dekat atas kerusi macam dekat klinik gigi tu .hahaha

kalau duduk dekat E&E ,aku selalu ikut abah rawat pesakit macam ambil darah orang ,cabut kuku pekerja kilang sebab tangan dia masuk dalam mesin ,simen kaki orang ,dan yang paling ekstrem stroller yang ada orang accident lalu depan mata aku .atas stroller tu penuh dengan cermin kereta yang dah berkecai .aku tak ingat dan tak pasti ,orang tu masih bernyawa atau tak .masa tu isteri dia/mak/kakak/adik/girlfriend dia meraung sampai nurse dan abah sendiri pujuk tak berhenti langsung .masa ni aku tak tau kenapa aku masih berdiri kat situ lagi .hehehe 

kalau dekat bahagian ibu aku banyak habiskan masa dekat kaunter dengan bilik rehat pekerja je .tak berani nak lari-lari dekat dalam wad .hahaha duduk diam-diam je lah mampu .

aku dengan abang aku dah macam anak angkat orang-orang kat hospital tu je .hahahaha ada je benda yang diorang buat untuk kitorang .jadi bau hospital tu dah sebati dengan hidung kitorang .aku dengan abang aku je yang banyak habiskan zaman kanak-kanak kitorang dekat hospital .adik aku tak sebab dia dah puas masuk hospital banyak kali sebab kesihatan dia .

pernah sekali ,masa ni abah dah jadi Penolong Pegawai Perubatan .jadi bila ada body baru a.k.a. mayat baru ,memang abah lah yang kena handle sebab rekod keluar/masuk body abah yang jaga .nak dijadikan cerita ,abah ambil adik baru balik sekolah agama .then ,abah dapat call ada body .so ,abah pergi lah hospital tak hantar adik balik rumah dulu .tetiba dapat tau adik kena badi mayat .aku macam "WHAT ?!!" dan aku tak tau pun yang adik aku ni 'sakit' sebab ibu dengan abah tak bagitau pun .seminggu lepastu baru aku tau .like seriously ?sebab aku tengok adik aku macam biasa je .sampai aku perasan ada bekas air dekat atas meja .baru abah cerita .

so ,adik memang tak boleh pergi hospital macam aku dengan abang aku dok berlari dari depan sampai hujung belakang sebab dia lemah semangat sikit .tapi sebenarnya ,kitorang adik beradik memang lemah semngat sikit 😅😅😅😅 nak buat macam mana .dah ibu dengan abah kerja dekat hospital .pulak tu anak-anak takde sorang pun ikut jejak diorang .hehehe 

so, ni jelah cerita untuk hujung tahun ni.
nak hadap assignment berlambak pulak.
doakan semoga aimi dapat pointer 3 ke atas untuk semester ni.
in shaa allah .
till we meet again guys .byee ~love you ~

No comments:

Post a Comment